Followers

NUFFNANG

2 March 2012

Cara Membuat Belian Di Public Gold ...




Assalammualaikum ... Semoga pada hari ini Jumaat membawa seribu keberkatan buat kita semua ... Pada hari ini saya ingin berkongsi cara untuk membuat pembelian logam emas fizikal atau logam perak fizikal dengan Syarikat Public Gold ... Kaedah yang saya ingin ceritakan adalah untuk menjadi Dealer Syarikat Public Gold ... Dealer tersebut terbahagi kepada tiga peringkat:

Normal Dealer:
Setiap kali membeli logam emas fizikal akan mendapat komisyen sebanyak 1% dan apabila menjual semula kepada Syarikat Public Gold akan mendapat komisyen sebanyak 0.5% ... Maka jumlah komisyen untuk setiap kali transaksi jual dan beli adalah berjumlah 1.5% ... Bagi melayakkan untuk menjadi Normal Dealer, pembelian pertama perlulah mempunyai jumlah tidak kurang daripada RM20 ribu dengan satu resit pembelian ... Produk boleh terdiri daripada gabungan produk Syarikat Public Gold.

Priority Dealer:
Setiap kali membeli logam emas fizikal akan mendapat komisyen sebanyak 1.5% dan apabila menjual semula kepada Syarikat Public Gold akan mendapat komisyen sebanyak 0.5% ... Maka jumlah komisyen untuk setiap kali transaksi jual dan beli adalah berjumlah 2% ... Bagi melayakkan untuk menjadi Priority Dealer, pembelian pertama perlulah mempunyai jumlah tidak kurang daripada RM100 ribu dengan satu resit pembelian ... Produk boleh terdiri daripada gabungan produk Syarikat Public Gold ... Ataupun dengan pembelian terkumpul sebanyak RM100 ribu bersama kumpulan yang terdiri daripada 5 orang "direct" Normal Dealer ... Di dalam tempoh masa 6 bulan (Januari sehingga Jun atau Julai sehingga Disember) ...

Master Dealer:
Setiap kali membeli logam emas fizikal akan mendapat komisyen sebanyak 2% dan apabila menjual semula kepada Syarikat Public Gold akan mendapat komisyen sebanyak 0.5% ... Maka jumlah komisyen untuk setiap kali transaksi jual dan beli adalah berjumlah 2.5% ... Bagi melayakkan untuk menjadi Master Dealer, pembelian pertama perlulah mempunyai jumlah tidak kurang daripada RM500 ribu dengan satu resit pembelian ... Produk boleh terdiri daripada gabungan produk Syarikat Public Gold ... Ataupun dengan pembelian terkumpul sebanyak RM500 ribu bersama kumpulan yang terdiri daripada 5 orang "direct" Priority Dealer ... Di dalam tempoh masa 6 bulan (Januari sehingga Jun atau Julai sehingga Disember) ...

Kelebihan anda apabila menjadi Dealer ialah setiap kali pembelian dan jualan anda akan mendapat komisyen ... Ini bermakna spread akan menjadi lebih rendah ... maka keuntungan anda akan menjadi lebih cepat dengan sedikit kenaikan harga semasa emas ... Sebagai contoh ... Katakan anda seorang Normal Dealer dan membeli logam emas fizikal 1 dinar yang kadar spread nya ialah 6% ... Selepas ditolak dengan kadar komisyen 1.5% setiap kali transaksi ... Maka 6% ditolak dengan 1.5% ialah 4.5% sahaja kadar spread yang tinggal ... Rendah kan spread nya ...

Langkah 1:
Silih pilih jenis logam emas yang mahu dibeli di sini http://www.publicgold.com.my/  ... Seperti contoh adalah gambar di atas ... Harga semasa adalah seperti yang dipaparkan di bawah dan terdapat pada laman web Public Gold ...










Langkah 2:
Setelah membuat piliham produk yang mahu dibeli dan bersedia untuk membuat pesanan belian pada harga semasa ... Sila lah hantar pesanan anda yang mengandungi maklumat seperti di bawah kepada saya di talian:

+6019 66 22 909
BBM PIN 23 26 3d 2c
pelaburemasperak@gmail.com

Maklumat:

Nama: ?
Nombor Kad Pengenalan: ?
Nombor handphone: ?
Alamat email: ?
Nombor akaun bank samada Maybank atau Public Bank: ?
Jenis produk dan kuantiti: ?
Cawangan untuk mengambil stok: ?

Contoh:
Saya Abdul Razak Bin Kamarudin, 123456-78-9012, 019-6622909, pelaburemasperak@gmail.com, Maybank akaun 123456789012345, ingin daftar sebagai Dealer dan membeli 1 dinar x 25 keping, cawangan Seremban.


Langkah 3:
Saya akan membuat pesanan hanya pada kali pertama sahaja dan pesanan akan dibuat mengikut harga semasa sebaik sahaja diterima ...

Langkah 4:
Selepas pesanan dibuat ... Pihak Public Gold akan menghubungi anda untuk pengesahan dan Sale Order akan dihantar kepada anda melalui akaun emel anda ...




Langkah 5:
Selepas anda memuat turun dan mencetak Sale Order tresebut ... Terus membuat pembayaran mengikut amaun yang telah dinyatakan ke akaun Syarikat Public Gold ...

Langkah 6:
Selepas bayaran dibuat ... Catatkan Nombor Rujukan Sale Order di slip pembayaran tersebut dan segera email kan slip bayaran tersebut ke payment@publicgold.com.my  atau fax ke nombor 04-6464916 ...

Langkah 7:
Sila telefon ke cawangan Public Gold untuk mengambil stok dan perlulah membawa slip bayaran asal, kad pengenalan dan salinan buku akaun bank samada Maybank atau Public Bank (untuk pembelian kali pertama sahaja) ... Maka stok telah diperolehi ... Di samping itu, perlulah mengisi borang untuk menjadi Dealer ...

Setelah anda mendaftar sebagai Dealer ... Maka anda akan mendapat kelebihan untuk membeli logam emas fizikal untuk kegunaan sendiri di samping boleh untuk menambahkan pendapatan  dengan menjadi "USAHAWAN" atau "TOKEY EMAS" ... Syok kan !!!




Sekiranya anda tidak berminat untuk menjadi Dealer ... saya sedia untuk membantu anda untuk mendapatkan stok logam emas atau logam perak dengan kuantiti yang anda perlukan ... Jangan malu untuk hubungi saya:

+6019 66 22 909
BBM PIN 23 26 3d 2c
pelaburemasperak@gmail.com


Sekian ... bertemu lagi ... InsyaAllah ... terima kasih.

-AJAK-

No comments: