Followers

NUFFNANG

26 April 2012

Usia Blog Baru 2 Bulan ... ! ! !






Assalammualaikum dan salam sejahtera ... Bersua kembali rakan-rakan pembaca yang budiman ... Doa dan harapan saya agar anda senantiasa ceria untuk menghadapi kehidupan seharian ...


Hari ini merupakan genap usia 2 bulan bagi blog "PELABUR EMAS PERAK" yang dilancarkan pada tanggal hari ulangtahun saya yang ke 38 tahun pada tarikh 26hb Febuari 2012 yang lalu ... Hasrat saya untuk berkongsi pengalaman dan ilmu yang saya ada sebagai seorang pelabur logam emas tulen fizikal dan logam perak tulen fizikal telah dapat direalisasikan ... Doa dan harapan saya agar diberikan kekuatan untuk terus menulis entry yang akan datang sebagai komitmen saya kepada rakan-rakan yang setia berkunjung ke blog ini ....






Secara peribadi saya amat gembira dengan perkembangan blog ini kerana mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada rakan-rakan pembaca sekalian kerana "hit counter" telah menunjukkan angka "3,951" ... Ini bermakna secara purata kunjungan harian pembaca yang setia adalah melebihi "60" orang ... Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi ucapan ribuan terima kasih di atas kunjungan anda semua ke blog ini ...




Tambahan pula saya berasa bangga dengan data statistik menunjukkan bahawa kunjungan rakan-rakan pembaca bukan sekadar dari dalam negara ... Malah dari luar negara seperti United State, Brunei, Singapore, China, Germany, Indonesia, Cambodia, Ukraine dan Australia ... Ucapan ribuan terima kasih saya ucapkan sekali lagi .... ! ! !

 




Rebut lah peluang untuk memiliki logam emas tulen fizikal ini sementara tempoh harga pada paras yang masih rendah ini ! ! !




Sebarang pertanyaan berhubung dengan pelaburan logam emas tulen fizikal dan logam perak tulen fizikal, ingin mendapatkan khidmat nasihat mahu pun strategi untuk menjana keuntungan dengan logam ini ... Sila hubungi saya di talian:


PELABUR EMAS PERAK
019 66 22 909
BBM PIN: 23 26 3d 2c




"SUKA EMAS CARI AJAK"

Sekian ... bertemu lagi ... insyaAllah ... terima kasih.

-Ir. AJAK-
26/04/2012







4 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

tahniah..

p/s: nak tnya, kenapa ea brg public gold, mksd sy gold bar xleh nak digadai/tidak diterima di sstgh tmpt?

saja nak tnya ^__^

Spudin said...

teruskan berblogging :D

PELABUR EMAS PERAK said...

yui ... saya tahu tempat yang boleh dipajak ... contact saya ..tq

PELABUR EMAS PERAK said...

spudin ... thank for support