Followers

NUFFNANG

20 April 2012

5 Kebaikan Simpan Logam Emas Tulen Fizikal ...






Assalammualaikum ... Moga anda ceria-ceria selalu pada pagi hari Jumaat yang penuh keberkatan ini ...

Hari ini saya nak berkongsi dengan rakan-rakan pembaca setia yang budiman dengan 5 kebaikan menyimpan logam emas tulen fizikal iaitu:

Pertama:
Simpanan emas yang paling selamat ialah menyimpan logam emas tulen fizikal berbanding dengan simpanan buku pelaburan kerana kita yang memegang logam emas tersebut ... Sekira nya berlaku apa-apa kejadian musibah seperti contoh banjir besar di Negara Thailand pada penghujung tahun lepas ... maka sekurang-kurang nya kita ada logam emas tulen fizikal sebagai medium untuk kita "survive" menjalani kehidupan seharian kerana kemungkinan besar bahawa premis bank-bank pun akan ditutup operasi nyer buat sementara waktu ...

Kedua:
Logam emas tulen fizikal adalah merupakan salah satu komoditi yang didagangkan di pasaran dunia dan mempunyai permintaan yang amat tinggi di serata pelusuk dunia tanpa mengira waktu ...

Ketiga:
Penyimpan logam emas tulen fizikal juga mempunyai kelebihan berbanding dengan simpanan wang kerana "kalis inflasi" ... Takkan anda mahu hasil titik peluh dan susah payah anda mencari rezeki akan terhakis oleh masa kan !

Keempat:
Sebagaimana yang kita telah sedia maklum bahawa logam emas tulen fizikal ini amat mudah untuk dicairkan iaitu ditukarkan kepada "wang" pada bila-bila masa sahaja ...

Kelima:
Logam emas tulen fizikal ini mempunyai "aura" yang amat bernilai dan amat diminati oleh segenap lapisan masyarakat tidak kira bangsa, keturunan dan jantina mahu pun warna kulit ...

Berdasarkan kenyataan di atas ... sudah pasti dan yakin bahawa logam emas tulen fizikal akan terus mempunyai nilai yang tinggi samada masa terdahulu, kini dan selama-lama nyer ...




Rebut lah peluang untuk memiliki logam emas tulen fizikal ini sementara harga pada paras yang masih rendah ini ! ! !




Sebarang pertanyaan ... Sila hubungi saya di talian:


PELABUR EMAS PERAK
019 66 22 909
BBM PIN: 23 26 3d 2c




"SUKA EMAS CARI AJAK"


Sekian ... bertemu lagi ... insyaAllah ... terima kasih.

-Ir. AJAK-
20/04/2012









No comments: