Followers

NUFFNANG

4 March 2012

Ucapan Penghargaan Buat Pembaca ...



Assalammualaikum ... Doa saya agar pembaca semua beroleh kebahagian dan ketenangan untuk menempuh kehidupan seharian ... Setinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat "NYA" kerana diberi peluang untuk terus mencatatkan sesuatu buat pembaca sekalian ... Hari ini genap seminggu usia blog ini ... Sehingga waktu saya menulis ini catatan kaunter hit menunjukkan bilangan telah mencapai nombor 319 ... Ini bermakna bahawa bilangan pengunjung secara purata setiap hari melebihi bilangan 40 kali ... Saya secara peribadi amat gembira dengan perkembangan positif ini dengan sokongan padu dan berterusan pembaca sekalian ... Dengan sokongan ini mendorong saya untuk terus berkongsi pengetahuan dan pengalaman di dalam pelaburan logam emas fizikal dan logam perak fizikal ...


Hari ini Ahad menunjukkan urusniaga logam emas fizikal dan logam perak fizikal masih ditangguhkan sehingga esok hari Isnin ... Sama-sama kita tunggu esok hari untuk melihat perkembangan pergerakan harga seterusnya ... Sebagai seorang pelabur kita harus bersedia untuk menerima hakikat bahawa ada pergerakan turun dan naik ... Di samping itu juga sebagai seorang pelabur seharus nya membiasa kan diri dengan "jiwa" seorang pelabur yang mana tidak terlalu tertekan apabila harga menunjukkan penurunan ... Sentiasa tenang untuk membuat sebarang keputusan untuk membeli dan menjual ... Sebaik-baik nya ialah kita sentiasa berusaha untuk mengambil peluang untuk menambah stok apabila paras harga adalah rendah dan memaksimakan keuntungan apabila harga telah tinggi serta perkiraan stok logam emas fizikal dan logam perak fizikal yang sedia ada telah mencatatkan keuntungan ... Boleh tukar kan sedikit stok kepada bentuk wang kertas untuk kegunaan kita seharian ...    




Sekira nya pembaca mempunyai sebarang kemusykilan dan pertanyaan ... Sila hubungi saya di talian:
019 66 22 909
BBM PIN 23 26 3d 2c

Sekian ... bertemu lagi ... insyaAllah ... terima kasih.

-Ir. AJAK-

No comments: