Assalammualaikum ... Akhbar Berita Harian bertarikh 27/02/2012 melaporkan kenyataan Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan supaya masyarakat tidak terjebak dengan skim pelaburan logam emas ... Mungkin ada di antara anda semua yang pernah terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan skim seumpama itu samada sebagai penganjur, ejen mahu pun pelabur ...
Di sini saya ingin berkongsi sedikit ciri ciri skim pelaburan logam emas atau lebih dikenali sebagai skim cepat kaya ... antara ciri ciri nya ialah:
1. Pulangan yang dijanjikan dengan keuntungan yang amat tinggi ... sebagai contoh mendapat pulangan setiap bulan dengan keuntungan sekitar 20% ... ini bermakna pulangan selama tempoh setahun menjangkau 240% .... wowwwwww tinggi tur ...
2. Syarikat tersebut lebih memberi tumpuan untuk me war war kan keuntungan hasil pelaburan emas berbanding memberi penerangan tentang kebaikan emas fizikal itu sendiri ...
3. Syarikat tersebut menjual logam emas dengan harga yang tinggi berbanding dari harga pasaran semasa ...
4. Kadang kala syarikat tersebut meminta untuk logam emas yang dibeli perlulah di simpan oleh syarikat tersebut supaya boleh didagangkan semula ...
5. Jika kita menyemak di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, menunjukkan bahawa syarikat tersebut tidak mendaftar sebagai syarikat yang menjalankan aktiviti urusniaga logam emas fizikal ...
Oleh yang sedemikian ... saya menyeru agar semua rakan-rakan pembaca agar lebih berhati-hati dalam keghairahan untuk melabur di dalam pelaburan logam emas fizikal atau logam perak fizikal dengan tujuan untuk mendapat pulangan dengan segera ... Telitilah sedalam dalam nya agar pelaburan logam emas yang dibuat mendatangkan pulangan yang setimpal ... Di samping itu, jangan lupa untuk menambah ilmu berhubung dengan logam emas fizikal atau pun logam perak fizikal ...
Jika anda berhasrat atau ingin mendapatkan keterangan lanjut berhubung dengan pelaburan logam emas fizikal atau logam perak fizikal melalui platform Syarikat Public Gold Marketing Sendirian Berhad ... boleh hubungi saya di talian:
+6019 66 22 909
BBM PIN 23263d2c
Sekian ... bertemu lagi ... insyaallah ... terima kasih.
No comments:
Post a Comment