Assalammualaikum ... Salam ceria kepada semua pembaca ... Bertemu kembali ... Pada hari ini adalah tahun lompat iaitu setiap empat tahun sekali kita akan bertemu dengan tarikh 29/02/2012 ... Jika ada di kalangan kita yang menyambut hari ulangtahun kelahiran pada hari ini, saya ucapkan "Happy Birthday" ... Akhbar Berita Harian pada hari ini me war-war kan bahawa Bank Simpanan Nasional (BSN) akan mensasarkan untuk memberi pembiayaan sejumlah RM2 Bilion kepada semua pelanggan BSN yang berminat untuk mendapat aliran wang tunai segera ...
Saya tertarik dengan peluang yang terbuka luas di sekeliling kita untuk memulakan atau menambah pelaburan logam emas dan logam perak dengan menggunakan kemudahan pembiayaan daripada bank-bank tempatan ... Ambil peluang untuk menggunakan kemudahan pembiayaan ini untuk menukarkan wang fiat kertas yang diperolehi kepada bentuk logam emas dan logam perak ... Sebahagian besar dari kalangan pembaca mempunyai peluang dan berkelayakan untuk membuat pembiayaan tersebut ... yang penting pembiayaan tersebut perlulah diuruskan dengan sebaik mungkin ... Makna nyer perlulah melunaskan pembayaran ansuran setiap bulan dengan sempurna ... Ambil tindakan segera kerana harga logam emas dan logam perak akan sentiasa meningkat mengikut peredaran masa .... Lihat perbezaan harga semalam dan hari ini ... Kan dah naik !!!
Sebagai contoh ... Kita membuat pinjaman dengan jumlah RM100 ribu dengan ansuran bulanan sekitar RM800 dengan tempoh ansuran selama 20 tahun ... Dengan wang RM100 ribu tadi ... Kita tukarkan kan dengan logam emas 1 dinar dengan harga sekitar RM799 sekeping (harga pada ini jam 0835am 29/02/2012) ... Kita akan dapat kira-kira 125 keping dinar ... Dengan kenaikan harga emas purata sekitar 25% setiap tahun sejak lebih 10 tahun yang lalu ... Ini bermakna dengan tempoh 20 tahun akan datang nilai logam emas dinar yang kita miliki sebanyak 125 keping tadi akan bernilai sekitar RM500 ribu ... Wowwww banyak tur ... Dah jadik separuh "JUTAWAN" ... Pengiraan nya sebegini ... Kenaikan harga emas selama tempoh 20 tahun di darab dengan purata kenaikan tahunan sekitar 25% ... Maka jumlah nya ialah 500% ... Ini bermakna 5 kali ganda harga yang kita telah beli ... Jika terdesak sekali pun untuk membayar ansuran bulanan tersebut ... Maka tukarkan kembali sekeping dinar untuk digunakan membayar ansuran bulanan ...Tak rugikan ? ... Saya amat yakin dan percaya dengan senario meminjam di bank untuk di tukarkan kepada logam emas dan logam perak ... Pinjaman ini adalah untuk membuat keuntungan kerana perkiraan saya mudah sahaja iaitu kenaikan purata harga logam emas tahunan adalah jauh lebih tinggi daripada faedah yang dikenakan oleh pihak bank ... Sama-sama mendapat keuntungan ... Saya dah laksanakan ... saya sudah menikmati keuntungan nya ... Sudah terbukti ... Fikir-fikir kan sejenak demi kebaikan kita di masa hadapan ...
Jika pembaca ingin mendapatkan kemaskini entry blog ini secara "automatik" ... Sila isikan alamat emel anda di ruangan "Follow By Email" ...
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya:
+6019 66 22 909
BBM PIN 23 26 3d 2c
Sekian ... bertemu lagi ... InsyaAllah ... terima kasih.
-AJAK-
-AJAK-